Sunday, December 7, 2014

ATASI RESDUNG DENGAN SET RESDUNG SHAKLEE

Ramai yang terkeliru dengan maksud resdung! Bila simptom-simptom seperti kerap bersin, sakit kepala berlaku terus dirujuk sebagai resdung. Ya mungkin betul jika diambil sebagai umum. Akan tetapi maksud sebenar resdung lebih merujuk kepada penyakit yang ada kaitan dengan hidung. Jadi jika anda mengatakan anda resdung sebenarnya rujukan itu masih kabur dan tidak jelas.

Saya begitu tertarik dengan penjelasan yang diutarakan oleh Doktor Nordin mengenai tafsiran resdung oleh golongan masyarakat kita. Berdasarkan apa yang saya perolehi daripada penjelasan itu maka saya juga baru memahami konsep sebenar apa yang lazim dikatakan resdung.

Resdung merupakan istilah umum bagi segala penyakit yang ada kaitan dengan hidung. Secara asas, terdapat dua jenis penyakit hidung yang sering dirujuk dalam kalangan masyarakat.

Pertama iaitu Allergic Rhinitis. Juga dikenal sebagai 'resdung' oleh masyarakat secara lazimnya. AR ini disebabkan sensitiviti hidung terhadap persekitaran, cuaca, habuk, atau ada sejarah keturunan mempunyai penyakit asma. Individu ini mudah mendapat AR. Antara simptom-simptom yang sering dialami oleh mereka yang mengalami AR adalah seperti kerap bersin waktu bangun pagi, hidung  sering ada cecair jernih, sakit kepala, jerawat tumbuh di muka, dan selalunya mata gatal-gatal.

Kedua iaitu Sinusitis. Atau juga sering dirujuk sebagai 'sinus' oleh orang ramai. Tanda-tanda sinusitis boleh dikenal pasti apabila sakit kepala yang teramat sangat, bahagian rongga hidung sakit, dan terdapat bendalir kekuningan bercampur darah. Bila mendapati ada tanda-tanda sebegini anda perlu merujuk kepada doktor yang khusus dalam rawatan hidung. Kerana jangkitan dalam hidung boleh sampai ke otak dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian.

Apa kelebihan set resdung Shaklee dalam mengatasi masalah resdung?

Terdapat 4 produk utama yang Shaklee cadangkan iaitu vitamin C, Garlic, vitamin E dan Alfalfa. :-)

Vitamin C sangat penting dalam meningkatkan daya tahan badan sekaligus dapat menghentikan bersin. Malah vitamin c penting untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh akibat ketidakseimbangan hormon. Selain itu vitamin ini juga penting untuk memusnahkan virus selsema dan juga berfungsi untuk mengurangkan kesan histamine iaitu keradangan yang diakibatkan oleh allergen.

Garlic sangat penting untuk membina sistem imun yang kukuh. Malah garlic memang terbukti secara saintifik berkesan sebagai antibiotik semulajadi yang hebat. Orang yang mengalami resdung sangat memerlukan daya tahan yang tinggi untuk melawan kuman serta menghalang alergi.

Vitamin E pula berfungsi sebagai antioksidan dan juga meningkatkan fungsi imun melawan penyakit juga memperbaiki sakit kepala yang dialami akibat AR.

Zinc complex sangat penting untuk mengatasi masalah resdung. Hal ini kerana zinc berfungsi untuk mempertingkatkan sistem imun dan membantu pengeluaran kelenjar thymus yang menghasilkan T Cells menghalang infeksi penyakit. Malah zinc juga amat berfungsi untuk mengekalkan deria bau.

Jika anda atau keluarga anda memiliki tanda-tanda resdung boleh hubungi saya segera.

Jom ATASI resdung tanpa melalui prosedur rawatan yang mengerikan.!

En. Azmee 013-423 4220
@ Pn. Zurin 019-746 1589
@ emel terus ke azmee_alqaid87@yahoo.com
@ pm terus ke laman fb
http://www.facebook/cikguazmeesarayon

No comments:

Post a Comment